Pages

Monday, 20 June 2011

ISLAM TIDAK PERNAH MEMAKSA SESIAPA MEMELUK ISLAM


Jangan Tuduh Islam Memaksa Bukan Islam Masuk Islam
Islam akur bahawa tidak mungkin dapat mengislamkan semua manusia di atas dunia ini. Kepelbagaian agama merupakan ketetapan Ilahi. Al-Quran al-Karim banyak membawa kisah tentang hakikat kepelbagaian agama. Kepelbagaian agama wujud walau dalam keluarga seorang nabi. Lihatlah bapa Nabi Ibrahim a.s, isteri dan anak Nabi Nuh a.s malah bapa saudara Rasulullah SAW. Mereka adalah insan yang paling hampir kepada semulia-mulia manusia, namun mereka tetap tidak beriman kepada Allah SWT. Hakikat ini ditegaskan di dalam al-Quran al-Karim:
9e@ä3Ï9 $oYù=yèy_ öNä3ZÏB Zptã÷ŽÅ° %[`$yg÷YÏBur 4 öqs9ur uä!$x© ª!$# öNà6n=yèyfs9 Zp¨Bé& ZoyÏnºur `Å3»s9ur öNä.uqè=ö7uŠÏj9 Îû !$tB öNä38s?#uä ( (#qà)Î7tFó$$sù ÏNºuŽöyø9$# 4
Maksudnya: Untuk tiap-tiap umat antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikanNya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan.
(Surah al-Ma’idah 5: 48)
Al-Quran al-Karim membuat penegasan dalam ayat yang lain:
Iw on#tø.Î) Îû ÈûïÏe$!$# (
Maksudnya:  Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam).
(Surah al-Baqarah 2: 256)
Penurunan ayat ini berlatar belakangkan kisah seorang lelaki yang mempunyai beberapa orang anak yang beragama Yahudi. Dia cuba memaksa anak-anaknya supaya memeluk agama Islam. Lalu Allah SWT melarang perbuatan tersebut dengan menurunkan ayat ini.
Lihatlah betapa bertolak ansurnya Islam. Walau pun Islam menolak semua agama-agama lain namun Islam tidak pernah memaksa sesiapa pun memeluk Islam. Malah seorang bapa yang memiliki hak ketaatan daripada anaknya pun tidak boleh memaksa mereka memeluk Islam. Islam mahu orang memeluk Islam itu melakukannya dengan hati yang rela dan penuh kesedaran bukan dengan paksaan atau bermuka-muka.
Selain daripada memberi kebebasan beragama, Islam juga membenarkan penganut-penganut agama lain mempraktikkan amalan dan ajaran mereka, malah menjamin keselamatan rumah-rumah ibadat mereka.
Semasa mengutuskan angkatan tentera, Rasulullah SAW berpesan kepada mereka,
“Keluarlah kalian atas nama Allah, kalian berperang di jalan Allah terhadap orang yang kufur kepada Allah, jangan berkhianat, jangan berlebih-lebihan, jangan mencincang, jangan membunuh anak-anak, dan penghuni-penghuni gereja-gereja.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Perintah Rasulullah SAW ini diamalkan oleh para khalifah selepas baginda. Sebagai contoh ketika Abu Bakar al-Siddiq r.a. menghantar tenteranya ke Rom, beliau berpesan kepada panglimanya Usamah bin Zaid:
“Aku berpesan kepada kamu sepuluh perkara. Jangan sekali-kali kamu bunuh seorang wanita, kanak-kanak dan orang tua. Jangan kamu tebang pohon yang berbuah dan jangan kamu musnahkan binaan. Jangan kamu sembelih kambing dan unta melainkan untuk dimakan. Jangan kamu tenggelamkan atau membakar pohon-pohon kurma. Jangan kamu melampau dan jangan menakut-nakutkan. Kamu akan melalui satu kaum yang mengabdikan diri mereka di biara-biara maka jangan diusik mereka itu”.
Lihatlah betapa Islam mendahului mana-mana sistem dalam menetapkan peraturan peperangan yang berasaskan kepada kebebebasan beragama dan kemanusiaan. Padahal peraturan peperangan antarabangsa baru diperkenalkan sejak tahun 1907 melalui Konvensyen Hague dan disemak semula dan diperbaharui pada tahun 1949 melalui Konvensyen Geneva. Itu pun tidak seindah sepuluh perkara yang dinyatakan oleh Abu Bakar r.a. yang lalu.
Sir Arnold Thomas seorang Orentalis Barat dalam bukunya Invitation To Islam berkata:
“Kami tidak pernah dengar laporan orang Islam memaksa orang bukan Islam supaya menganut Islam atau sebarang perancangan kekerasan untuk menghapuskan agama Kristian. Jika terdapat dalam kalangan khalifah yang melaksanakan salah satu polisi ini, pasti Kristian akan lenyap dengan mudah sebagaimana yang dilakukan oleh Ferdinand dan Isabella terhadap Islam di Sepanyol..”.  
Sebagai bukti, Thomas Arnold menukilkan surat yang ditulis oleh Nestorian Patriarch Geoff III kepada Simeon iaitu ketua paderi di Parsi:
The Arabs, to whom God has given power over the whole world, know how wealthy you are, for they live among you.  In spite of this, they do not assail the Christian creed.  To the contrary, they have sympathy with our religion, and venerate our priests and saints of our Lord, and they graciously donate to our churches and monasteries”
Maksudnya: Orang-orang Arab yang telah diberi kuasa memerintah seluruh dunia oleh Tuhan, mengetahui betapa kayanya kamu sedangkan mereka hidup bersama kamu. Namun begitu, mereka tidak menggunakan kekerasan ke atas kamu. Sebaliknya, mereka mengasihani agama kita dan menghormati paderi dan ahli agama kita. Malah mereka juga banyak menderma kepada gereja dan biara kita”.
Hal ini memang benar-benar berlaku sepanjang Islam memerintah dunia suatu masa dahulu. Pada masa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, beliau telah mengambil Gereja John daripada orang-orang Kristian dan menjadikannya sebagai sebahagian daripada masjid. Apabila Khalifah ‘Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah sekumpulan orang Kristian mengadu hal tersebut kepada beliau. Lantas Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengutus surat kepada gabenornya memerintahnya supaya mengembalikan bahagian yang dijadikan masjid kepada mereka jika mereka enggan menerima pampasan yang ditawarkan.
Begitulah bertolak ansurnya seorang Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Walau pun Islam ‘memerintah dunia’ ketika itu sebagaimana yang disifatkan oleh Nestorian Patriarch Geoff III, namun Islam tidak menggunakan kuasanya untuk menindas orang bukan Islam.
Sebaliknya sejarah menunjukkan, orang bukan Islam memeluk Islam kerana terpesona dengan keindahan Islam dan ketinggian akhlak penganutnya!



No comments:

Post a Comment