Pages

Saturday, 25 June 2011

MANUSIA DAN KEMANUSIAAN DALAM ISLAM

Islam datang ketika dunia menghadapi krisis kemanusiaan pada tahap kronik. Amalan menanam anak perempuan hidup-hidup dan perhambaan manusia sudah menjadi sebati dalam masyarakat dunia ketika itu. Sedikit demi sedikit akhirnya sistem perhambaan dihakis. Banyak hukum atau penalti yang dinamakan kaffarah dalam Islam melibatkan pembebasan hamba. Penalti atau pampasan pembunuhan (diyat) tidak sengaja, melanggar sumpah, bersetubuh di siang hari bulan Ramadhan dan lain-lain lagi dilakukan dengan membebaskan hamba.
Seorang tuan yang berjanji untuk membebaskan hamba walaupun secara berseloroh tiada ruang lagi untuk menarik kata-katanya melainkan terpaksa melaksanakannya walaupun secara terpaksa.
Malah umat Islam digalakkan membebaskan hamba. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang membebaskan seorang hamba maka Allah akan membebaskan setiap anggotanya daripada api neraka”. (Riwayat Muslim)
Selain itu, sebahagian ulama berpandangan
apabila seorang hamba memohon untuk menebus dirinya dengan bayaran tertentu, menjadi kewajipan ke atas tuannya untuk membebaskan hambanya.
Ini semua membuka ruang yang luas kepada pembebasan hamba. Perbahasan tentang hamba diperuntukkan khusus dalam kebanyakan kitab-kitab fekah klasik. Justeru mereka tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya kerana dikawal ketat dengan hukum dan peraturan. Berbeza dengan agama atau ideologi lain yang tiada peraturan yang lengkap tentang perhambaan. Ketiadaan peraturan yang jelas membuka ruang kepada penindasan demi penindasan.
Islam memandang tinggi kepada manusia secara umumnya tanpa mengira muslim atau bukan muslim, hamba atau merdeka. Prinsip ini ditegaskan di dalam al-Quran dalam ayat yang berbunyi:
* ôs)s9ur $oYøB§x. ûÓÍ_t/ tPyŠ#uä öNßg»oYù=uHxqur Îû ÎhŽy9ø9$# ̍óst7ø9$#ur Nßg»oYø%yuur šÆÏiB ÏM»t7ÍhŠ©Ü9$# óOßg»uZù=žÒsùur 4n?tã 9ŽÏVŸ2 ô`£JÏiB $oYø)n=yz WxŠÅÒøÿs? ÇÐÉÈ
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.
(Surah al-Isra 17: 70)
Ayat ini merupakan satu penegasan yang menjadi asas kemuliaan manusia dalam Islam. Seterusnya Islam menurunkan hukum dan peraturan untuk menjaga hubungan sesama manusia. Antaranya hubungan antara agama iaitu hubungan antara Islam dan bukan Islam. Umpamanya dalam usaha pendakwah menyebarkan Islam, mereka hendaklah melakukannya secara bijaksana. Mereka tidak boleh menggunakan kata-kata yang menghina penganut agama lain. Firman Allah SWT:
* Ÿwur (#þqä9Ï»pgéB Ÿ@÷dr& É=»tGÅ6ø9$# žwÎ) ÓÉL©9$$Î/ }Ïd ß`|¡ômr& žwÎ) tûïÏ%©!$# (#qßJn=sß óOßg÷YÏB ( (#þqä9qè%ur $¨ZtB#uä üÏ%©!$$Î/ tAÌRé& $uZøŠs9Î) tAÌRé&ur öNà6ös9Î) $oYßg»s9Î)ur öNä3ßg»s9Î)ur ÓÏnºur ß`øtwUur ¼çms9 tbqßJÎ=ó¡ãB ÇÍÏÈ
Maksudnya:  Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah: "kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu dan kami hanya kepadaNya berserah diri".
(Surah al-Ankabut 29: 46)
Maksud orang-orang yang zalim di dalam ayat di atas ialah: orang-orang yang setelah diberikan kepadanya keterangan-keterangan dan penjelasan-penjelasan dengan cara yang paling baik, mereka tetap membantah dan membangkang dan tetap menyatakan permusuhan. Namun dalam keadaan biasa seorang pendakwah perlu bertindak secara lemah lembut dan penuh kesopanan.
‘Abdullah bin Wahab iaitu seorang ulama ternama yang merupakan murid kepada Imam Malik telah ditanya tentang hukum mengumpat orang Kristian. Beliau berkata, “Bukankah mereka itu manusia? Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman:
ø(#qä9qè%ur Ĩ$¨Y=Ï9 $YZó¡ãm
Maksudnya: Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia.
(Surah al-Baqarah 2: 83)
Menerusi jawapan yang diberikan ini, kita dapat rumuskan bahawa konsep kemanusiaan dalam Islam adalah luas bukan sahaja tertumpu kepada aspek fizikal, bahkan ia merangkumi diri dan jiwa manusia. Justeru mengumpat, mencemuh atau memaki hamun kepada seseorang adalah diharamkan, sama ada kepada muslim atau pun bukan muslim.
            Malah konsep kemanusiaan dalam Islam menjangkau hingga selepas kematian manusia. Oleh itu, Islam mengharamkan segala bentuk penyeksaan kepada manusia walau pun setelah kematiannya. Sabda Rasulullah SAW:
كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ حَيًّا
Maksudnya: Mematahkan tulang mayat samalah seperti mematahkan tulangnya semasa hidup.
(Hadis Riwayat Abu Daud)
            Kematian tidak melenyapkan kemanusiaan. Islam tetap memberi hak kemanusiaan walaupun sesudah jasad manusia tidak lagi mempunyai roh. Sehubungan dengan ini, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu melihat jenazah diusung maka hendaklah kamu bangun sehingga ia meninggalkan kamu”.
Lalu pada suatu hari satu jenazah diusung berdekatan baginda SAW.
Baginda pun bangun.
Sahabat-sahabat yang berada di situ memberi tahu, “Itu adalah jenazah seorang Yahudi”. Lalu
Rasulullah SAW bersabda, “bukankah dia manusia?”.
Hadis ini menegaskan bahawa manusia perlu dihormati semasa hidup dan selepas mati tanpa mengira muslim atau bukan muslim.

No comments:

Post a Comment