Pages

Monday, 4 July 2011

TEORI EINSTEIN MENGIYAKAN ISRAK MIKRAJ?

Mari kita sama-sama renungi salah satu juzuk daripada peristiwa Israk Mikraj iaitu ‘masa’. Peristiwa Israk Mikraj berlaku hanya sebentar. Ada riwayat yang menceritakan apabila Rasulullah SAW kembali dari Israk Mikraj, baginda dapati tempat tidurnya masih lagi terasa panas. Para sahabat yang sentiasa berada di sisi Rasulullah SAW pun tidak menyedari sesuatu yang pelik berlaku pada malam tersebut.
                Anehnya! Dalam peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah SAW telah dibedah dadanya oleh Malaikat, bersolat di Masjidil Aqsa, kemudian menaiki ke langit, Sidratul muntaha dan diperlihatkan dengan pelbagai perkara yang kita sama-sama ketahui dalam peristiwa besar ini. Pasti secara logiknya ia akan memakan masa yang lama. Mungkin empat atau lima jam atau lebih (tanpa mengira masa perjalanannya yang jauh). Tetapi kenapakah tempat tidur Rasulullah SAW masih terasa kepanasan, seolah-olah ia berlaku dalam masa seminit dua sahaja????
                Logik pemikiran biasa mengatakan ia adalah mustahil. Namun, tahukah anda Albert Einstien  ilmuwan berbangsa Yahudi (bangsa yang anti-Islam) dengan teori relatifnya mengiyakan hakikat ini. Teori beliau menganggap masa adalah bersifat relatif yang berkaitan dengan masa dan jarak serta daya graviti…sukar untuk penulis jelaskan perkara ini lebih-lebih lagi penulis bukan seorang ahli fizik. Mudahnya kita terus melihat contoh yang dibawa beliau…
Kita andaikan ada dua kembar yang masing-masing berumur 30 tahun. Jika si abang terbang menggunakan roket selaju cahaya (186,000 batu/saat) kemudian di kembali ke bumi bertemu adiknya, maka adiknya pada masa itu tetap berumur 30 tahun. Tetapi si abang pada masa itu mungkin sudah berumur 40 tahun. Pertambahan 10 tahun benar-benar dialami oleh si abang dalam pengembaraannya namun kelajuannya yang selaju cahaya mampu melangkaui masa hadapan…
Itulah teori yang diasaskan oleh Einstein pada tahun 1905. Kegeniusan beliau diagung-agungkan oleh seluruh saintis dunia Barat dan bukan Barat. Jika begitu keadaannya, ia boleh diaplikasikan untuk memahami persoalan masa dalam peristiwa Israk Mikraj tadi. Bukankah kita imani bahawa Allah SWT menjadikan Malaikat daripada cahaya? Bukan Buraq itu bermaksud cahaya? Malah cahaya yang dijadikan Malaikat itu bukan sebarang cahaya. Jika cahaya biasa boleh bergerak selaju 186,000 batu/saat, maka tidak mustahil Malaikat bergerak lebih laju daripada itu. Justeru walaupun masa yang diambil agak panjang dalam Israk Mikraj ia bersifat relatif, bagi manusia di dunia ini masanya hanya sebentar. Teori ini bukan dibuat oleh orang Islam. Tiada kepentingan Islam dalam teori ini. Malah datang daripada orang bukan Islam yang diakui keilmuwannya dan sumbangannya kepada kemodenan yang dikecapi manusia pada hari ini…fikirkan!

No comments:

Post a Comment