Pages

Saturday, 25 June 2011

MANUSIA DAN KEMANUSIAAN DALAM ISLAM

Islam datang ketika dunia menghadapi krisis kemanusiaan pada tahap kronik. Amalan menanam anak perempuan hidup-hidup dan perhambaan manusia sudah menjadi sebati dalam masyarakat dunia ketika itu. Sedikit demi sedikit akhirnya sistem perhambaan dihakis. Banyak hukum atau penalti yang dinamakan kaffarah dalam Islam melibatkan pembebasan hamba. Penalti atau pampasan pembunuhan (diyat) tidak sengaja, melanggar sumpah, bersetubuh di siang hari bulan Ramadhan dan lain-lain lagi dilakukan dengan membebaskan hamba.
Seorang tuan yang berjanji untuk membebaskan hamba walaupun secara berseloroh tiada ruang lagi untuk menarik kata-katanya melainkan terpaksa melaksanakannya walaupun secara terpaksa.
Malah umat Islam digalakkan membebaskan hamba. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang membebaskan seorang hamba maka Allah akan membebaskan setiap anggotanya daripada api neraka”. (Riwayat Muslim)
Selain itu, sebahagian ulama berpandangan

Thursday, 23 June 2011

ISLAM & PERASAAN TAKUT

Ketakutan adalah sifat yang diciptakan Allah SWT dalam diri manusia. Manusia dikurniakan akal dan wahyu untuk mengawal ketakutan. Jika dibiarkan tanpa sebarang ikatan, ketakutan akan menjadikan manusia lemah dan mudah ditewaskan oleh Syaitan.
Kerana takut, kita mengunci pintu rumah. Kerana takut kita menyimpan wang di bank. Kerana takut kita melakukan banyak lagi perkara untuk menghalau perasaan tersebut dalam kehidupan kita. Takut seumpama ini adalah lumrah dalam diri manusia. Bayangkan jika tiada sebarang ketakutan manusia akan lalai. Pencuri dan orang yang berniat jahat akan bermaharaja lela.
                Dalam Islam ada beberapa jenis ketakutan:
Pertama: Takut kepada jin, syaitan, sihir dan kuasa halus sehingga tunduk kepada mereka seolah-olah kuasa mereka mengatasi ketetapan Allah SWT. Ketakutan ini membawa kepada syirik.

Wednesday, 22 June 2011

KESEDIHAN YANG DIBERI GANJARAN PAHALA

J
angan sekali-kali melayani perasaan anda yang sedih dengan kesedihan. Kelak hati anda akan bertambah sedih dan sakit.  Jika anda berterusan dirundung malang Syaitan akan mengambil peluang untuk menghasut anda dari pelbagai sudut kelemahan anda.
                
Maksudnya: Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang Yang beriman berdukacita.
(Surah al-Mujadalah 58: 10)
                Oleh itu, janganlah bersedih. Bersedih bukanlah sesuatu yang dianjurkan  oleh Islam. Bahkan Islam mahukan umatnya ceria bukan bersedih. Firman Allah SWT:
                    
Maksudnya: Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.
(Surah Al ‘Imran 3: 139)

                Kesedihan boleh mengeruhkan kehidupan seseorang.  Kesedihan ibarat racun yang merosakkan hati kita. Jika ia dilayan dan dibuai dia akan menjadi barah yang sangat merbahaya, bukan sahaja pada hati tetapi seluruh tingkah laku kita.  Namun, setiap manusia akan menghadapi situasi yang menyedihkan. Jika ia ditangani dengan penuh kesabaran, dia akan mendapat ganjaran yang sangat besar di sisi Allah. 

Monday, 20 June 2011

ISLAM TIDAK PERNAH MEMAKSA SESIAPA MEMELUK ISLAM


Jangan Tuduh Islam Memaksa Bukan Islam Masuk Islam
Islam akur bahawa tidak mungkin dapat mengislamkan semua manusia di atas dunia ini. Kepelbagaian agama merupakan ketetapan Ilahi. Al-Quran al-Karim banyak membawa kisah tentang hakikat kepelbagaian agama. Kepelbagaian agama wujud walau dalam keluarga seorang nabi. Lihatlah bapa Nabi Ibrahim a.s, isteri dan anak Nabi Nuh a.s malah bapa saudara Rasulullah SAW. Mereka adalah insan yang paling hampir kepada semulia-mulia manusia, namun mereka tetap tidak beriman kepada Allah SWT. Hakikat ini ditegaskan di dalam al-Quran al-Karim:
9e@ä3Ï9 $oYù=yèy_ öNä3ZÏB Zptã÷ŽÅ° %[`$yg÷YÏBur 4 öqs9ur uä!$x© ª!$# öNà6n=yèyfs9 Zp¨Bé& ZoyÏnºur `Å3»s9ur öNä.uqè=ö7uŠÏj9 Îû !$tB öNä38s?#uä ( (#qà)Î7tFó$$sù ÏNºuŽöyø9$# 4
Maksudnya: Untuk tiap-tiap umat antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikanNya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan.
(Surah al-Ma’idah 5: 48)
Al-Quran al-Karim membuat penegasan dalam ayat yang lain:
Iw on#tø.Î) Îû ÈûïÏe$!$# (
Maksudnya:  Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam).
(Surah al-Baqarah 2: 256)
Penurunan ayat ini berlatar belakangkan kisah seorang lelaki yang mempunyai beberapa orang anak yang beragama Yahudi. Dia cuba memaksa anak-anaknya supaya memeluk agama Islam. Lalu Allah SWT melarang perbuatan tersebut dengan menurunkan ayat ini.

SAYANGNYA RASULULLAH KEPADA KITA


Rasulullah SAW amat mengasihani umatnya. Baginda sering berdoa, “Ya Allah ampunilah umatku”. Rasulullah SAW pernah diusir dari Tha’if dengan lemparan batu-batu. Batu-batu itu mengenai tubuh badan baginda sehingga seluruh tubuh berlumuran darah. Namun pada saat itu, baginda SAW tetap berdoa, “Ya Allah, berikanlah hidayah kepada umatku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui”.
            Dalam peristiwa tersebut Allah SWT mengutuskan Malaikat yang mengawal bukit untuk menawarkan balasan atas perbuatan penduduk Tha’if  tersebut. Malaikat tersebut menawarkan untuk menghempap kaum Tha’if dengan bukit-bukau. Rasulullah SAW dengan baik menolak tawaran tersebut, “Aku hanya berharap kelak akan lahir dalam kalangan mereka orang-orang yang beriman kepada Allah SWT”.
            Begitulah kasih sayang Rasulullah SAW kepada umatnya. Kasih sayang baginda bukan terbatas kepada kehidupan di dunia, malah baginda mengharapkan mereka akan hidup bahagia di akhirat kelak. Rasulullah SAW sanggup menolak keistimewaan-keistimewaan yang dianugerah kepada seorang nabi dan rasul sebelumnya dan memohon digantikan dengan kebaikan kepada umatnya. Semua itu dilakukan kerana mendalamnya kasih sayang baginda kepada umatnya. Sabda Rasulullah SAW:
“Setiap nabi diberi kelebihan doa yang diperkenankan (makbul). Maka para nabi pun menyegerakan doa-doa mereka. Namun aku menyimpan doaku untuk dijadikan sebagai syafaat (penolong) kepada umatku pada hari qiamat nanti”.
(Hadith Ini Disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim)
Begitulah sayangnya Rasulullah SAW kepada kita walaupun baginda tidak pernah mengenali kita. Patutkah kita yang mengenali baginda tidak rasa sayang kepadanya?