Wednesday, 22 June 2011

KESEDIHAN YANG DIBERI GANJARAN PAHALA

J
angan sekali-kali melayani perasaan anda yang sedih dengan kesedihan. Kelak hati anda akan bertambah sedih dan sakit.  Jika anda berterusan dirundung malang Syaitan akan mengambil peluang untuk menghasut anda dari pelbagai sudut kelemahan anda.
                
Maksudnya: Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang Yang beriman berdukacita.
(Surah al-Mujadalah 58: 10)
                Oleh itu, janganlah bersedih. Bersedih bukanlah sesuatu yang dianjurkan  oleh Islam. Bahkan Islam mahukan umatnya ceria bukan bersedih. Firman Allah SWT:
                    
Maksudnya: Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.
(Surah Al ‘Imran 3: 139)

                Kesedihan boleh mengeruhkan kehidupan seseorang.  Kesedihan ibarat racun yang merosakkan hati kita. Jika ia dilayan dan dibuai dia akan menjadi barah yang sangat merbahaya, bukan sahaja pada hati tetapi seluruh tingkah laku kita.  Namun, setiap manusia akan menghadapi situasi yang menyedihkan. Jika ia ditangani dengan penuh kesabaran, dia akan mendapat ganjaran yang sangat besar di sisi Allah. 
               
وَتَبَسُّمُكَ فِيْ وَجْهِ أخِيْكَ صَدَقَةٌ
Maksudnya: Dan mengukir senyuman kepada saudaramu adalah satu sedekah.
(Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad)
                Kesedihan tidak dapat mengubah taqdir yang telah berlaku. Cara yang terbaik menghadpi saat kesedihan ialah menyerah segalanya kepada Allah SWT. Dialah Yang Maha Mengetahui baik dan buruknya sesuatu.
Ada juga kesedihan yang dipuji oleh Allah SWT. Kesedihan yang dimaksudkan ialah perasaan menyesal selepas meninggalkan suruhan Allah atau melanggar laranganNya. Ini bukan kesedihan kerana ditimpa musibah dunia. Kesedihan di kala itu adalah ukuran keimanan seseorang kepada Allah SWT. Kesedihan ini terpancar dari nur hidayah Allah SWT yang amat tinggi nilainya.
Terdapat banyak lagi situasi kesedihan yang dipuji oleh Allah SWT. Antaranya:
1. Tangisan sebagai tanda rasa syukur kepada Allah
Orang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya. Orang yang memiliki sifat ini akan mudah menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat itu walau sekecil mana sekalipun ia di mata orang lain.
2. Tangisan kerana menyesali perbuatan dan dosa dilakukan.
Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Ekoran daripada penyesalan itu, maka timbul rasa sedih mendalam yang akhirnya akan menitiskan air mata. Air mata penyesalan ini amat tinggi harga di sisi Allah SWT. Di dalam sebuah hadith menyatakan orang yang bermunajat kepada Allah lalu mengalir air mata penyesalan, maka dia akan termasuk di kalangan tujuh golongan yang bakal mendapat lindungan Allah di akhirat kelak.
3. Tangisan yang datang daripada hati yang beriman kepada Allah.
Iman tertanam dalam hati akan terus subur dan mekar apabila disirami dengan ayat al-Quran dibaca dengan penuh penghayatan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata. Perkara inilah yang digambarkan oleh firman Allah SWT:
                                         
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
(Surah al-Anfal 8: 2)
                Demikianlah gambaran tangisan yang terpuji dan sesuai pada tempatnya. Tangisan-tangisan seumpama ini tidak akan menyebabkan seseorang itu stres, bahkan akan menghindarkannya. Tangisan seumpama ini boleh menjadi motivasi untuk dia memulakan hidup baru dengan azam dan niat yang lebih baik. Tangisan seumpama ini juga boleh menjadi titik tolak yang melonjakkan prestasi kehidupan seseorang yang ingin melakukan kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Sekuntum senyuman dan sedikit ketawa boleh menghambat kesedihan yang kita lalui. Ia boleh menjadi ubat yang mujarab dan mewujudkan suasana yang ceria berbanding dengan muka yang masam mencuka. Oleh itu, sentiasalah mengukir senyuman di bibir anda kerana ia boleh mengubat kedukaan anda dan orang di sekeliling anda. Sabda Rasulullah SAW:

No comments:

Post a Comment